Isu Panas

Palanivel dan Subramaniam akan ‘berdiam diri’ selesai krisis MIC

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam akan ‘berdiam diri’ bagi menyelesaikan krisis dalaman parti yang timbul berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya diadakan pemilihan semula.

Palanivel dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya akan mengadakan moratorium supaya krisis parti itu tidak menjadi bertambah buruk.

“Kami akan bertemu dan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya yang akan memuaskan semua pihak secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan itu tetapi tidak menyatakan bila mereka berbuat demikian dan tempoh untuk berdiam diri itu.

Palanivel berkata moratorium itu akan memberikan peluang kepada beliau dan Dr Subramaniam “suatu tempoh yang bukan dalam keadaan krisis untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Menerusi moratorium, Palanivel berkata, ia akan membolehkan beliau dan Dr Subramaniam berjumpa Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak, untuk mencari penyelesaian terbaik kepada krisis parti.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan RoS supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).

Dalam surat bertarikh 5 Disember lalu, RoS mengarahkan jawatan berkenaan dipilih semula dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan wujud penyelewengan dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan dalam pemilihan yang diadakan ketika perhimpunan agung parti itu di Melaka pada 30 November 2013.

Berikutan rayuan, RoS menghantar satu lagi surat melanjutkan tempoh 90 hari kepada 120 bagi parti mengadakan pemilihan semula.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");