Sukan Hari Ini

Drogba mahu kekal di Chelsea

LONDON: Penyerang veteran, Didier Drogba berkata dia mahu kekal menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ Chelsea melebihi tempoh sehingga penghujung musim ini.

Peledak Ivory Coast itu menyuarakan hasratnya ketika menerima anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan 2015 dalam majlis makan malam di sebuah hotel di London, semalam.

Drogba kembali ke Stamford Bridge musim ini selepas berkelana ke China dan Turki namun masih tiada sebarang kenyataan daripada bos di Chelsea selepas kontraknya di London berakhir.

“Apabila kamu banyak mencapai sesuatu dan memenangi begitu banyak trofi seperti yang kami lakukan dalam tempoh 10 tahun lepas, ia mencipta sesuatu yang istimewa,” kata Drogba,

“Saya berharap dan kelab membuatkan saya percaya, saya adalah sebahagian daripada keluarga besar mereka, jadi kami akan mencari sesuatu yang paling baik untuk kami bagi mempromosi kelab dalam cara paling baik.

“Apabila saya meninggalkan kelab ini (kali pertama), saya berkata saya melakukan apa yang saya mahu lakukan, namun kini saya fikir dan tidak perlu melakukan semuanya, saya fikir masih ada yang perlu dilakukan.

“Saya mencintai kelab ini dan mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini di masa depan, dengan pemain-pemain yang baharu,” katanya.

Chelsea menempuh kekalahan paling buruk sejak 2008 apabila tewas kepada kelab liga bawahan, Bradford dalam aksi Piala FA, semalam dan akan bertemu Liverpool di Stamford Bridge pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Liga, esok. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");