Sukan Hari Ini

Hasil jualan tiket akan didermakan kepada mangsa banjir

SEREMBAN: Hasil jualan tiket perlawanan persahabatan antara pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan dan pasukan Liga Super Perak, Jumaat ini akan didermakan kepada mangsa banjir.

Setiausaha Persatuan Bola sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Abdul Halim Abdul Latiff berkata perlawanan berkenaan dijadual diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

“Perlawanan persahabatan itu akan bermula pada 8.45 malam. Harga tiket ialah RM10 bagi tempat duduk berbumbung dan RM5 terbuka. Tiket akan mula dijual di stadium pada 10 pagi Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru peminat bola sepak agar datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan itu, sambil menderma. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");