Jenayah

Satu-satunya

Kuala Pilah: “Walaupun hanya saya seorang namun seronok sebab ada cikgu,” kata Muhammad Daniel Haiqal Abu Hurairah, 7, murid tunggal memasuki tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Ambor, Juasseh.

Dia yang kelihatan bersemangat memulakan persekolahan sesi 2015 semalam, berkata tidak kisah belajar sendirian dan yakin akan mendapat ramai kawan di sekolah nanti.

“Waktu rehat saya ada ramai kawan, jadi tak sunyi,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Menurut ibunya, Norfazilah Mat Aripin, 33, dia tidak menyangka anaknya akan belajar seorang diri dalam kelas.

“Saya terkejut pagi ini (semalam) apabila dimaklumkan hanya Daniel satu-satunya murid tahun satu.

“Ia cabaran kepadanya dan pengalaman selama dua tahun ketika menuntut di prasekolah akan membantunya,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.

Sementara itu, Guru Besar SK Pasir Ambor Nasarudin Zainal berkata, ini kali kedua sekolahnya menerima hanya seorang murid tahun satu dengan kali pertama pada 2007.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");