Berita Hari Ini

Ingatan saya bersama ahli keluarga penumpang, anak kapal MH370 – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, hari ini melahirkan rasa simpati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perdana Menteri menerusi entri dalam akaun Twitternya sebentar tadi berkata, pencarian terhadap pesawat berkenaan akan diteruskan.

“Hari ini ingatan saya adalah bersama ahli keluarga kepada penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat MH370.

“Pencarian akan diteruskan.

“Malaysia, Australia dan China tetap komited untuk mencari pesawat,” katanya.

Petang tadi, Malaysia secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");