Sukan Hari Ini

‘Satu pasukan’

Shah Alam: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sikap berpuak-puak berlaku dalam persatuan berkenaan seperti didakwa sesetengah pihak.

“Tiada kem, kami satu pasukan, satu FAS. Datuk Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden) orang lama, saya akan terus bekerjasama dengan semua Ahli Jawatankuasa FAS, jurulatih dan pemain.

“Semua memiliki peranan masing-masing. Kami akan saling melengkapi,” kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan skuad Liga Super Selangor petang semalam.

Kedudukan Mokhtar yang juga Timbalan Presiden FAS dilihat tergugat apabila tidak dilantik sebagai pengerusi dalam 16 jawatankuasa kecil persatuan berkenaan.

Mokhtar menjadi sasaran kemarahan peminat susulan prestasi kurang memberangsangkan Selangor dengan kemuncaknya pejabat FAS disimbah cat Merah dan Kuning baru-baru ini.

Mokhtar ketika ditemui berkata, beliau sudah mendapat penerangan Azmin bahawa mereka sebuah keluarga dan pasukan.

“Kami tidak berpecah, kalau andaian luar mengatakan kami mempunyai kem tertentu, ia tidak betul.

“Saya tetap Timbalan Presiden dan berdiri teguh di belakang Presiden FAS. Saya boleh turun padang sebagai Timbalan Presiden di mana-manapun. Banyak lagi peranan saya boleh buat.

“Saya lega kerana Menteri Besar sudah turun padang. Keyakinan pemain akan bertambah terutama apabila ada jaminan mengenai gaji,” jelasnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");