Sukan Hari Ini

Irfan belum puas hati

PENGENDALI  Felda United, Irfan Bakti Abu Salim belum berpuas hati dengan barisan tengah dan serangan pasukan yang dilihatnya masih banyak perlu diperbaiki menjelang saingan Liga Malaysia 2015.

Kerisauan jurulatih berusia 63 tahun itu, jelas apabila pasukannya sekadar menang 1-0 pada aksi persahabatan menentang Pulau Pinang di Stadium Selayang, malam kelmarin

Jelasnya, bahagian tengah tidak mempamerkan corak permainan sebenar dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Kita masih ada dua minggu lagi dan saya akan cuba memperbaiki kelemahan di bahagian tersebut bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan.” katanya.

Pada perlawanan itu, Felda United menang 1-0 hasil jaringan pemain gantian, Mohd Hadin Azman pada minit ke-76.

Irfan berpuas hati dengan keputusan diraih dalam beberapa perlawanan persahabatan yang menyaksikan mereka hanya kalah dua perlawanan iaitu menentang kelab Liga Premier, PKNS FC dan kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung.

Felda United yang layak beraksi ke Liga Super musim ini, selepas muncul naib juara Liga Premier 2014, akan menerima kunjungan Sarawak pada aksi pertama Liga Super, 7 Febuari ini di Stadium Selayang-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");