Membawang Hari Ini

Karyawan sedia bantu pulihkan Zamani

SHAH ALAM – Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bersedia membantu vokalis kumpulan terkenal, Zamani sekiranya ingin diberi peluang kedua.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, Zamani akan diberi peluang bagi menebus kesilapan yang pernah dilakukan.

“Buat masa sekarang, kes dia (Zamani) belum selesai di mahkamah dan biarlah ia diselesaikan terlebih dahulu.

“Selepas selesai kes ini, Karyawan akan mengambil langkah membantu dan saya percaya rakan-rakannya iaitu bekas ahli kumpulannya turut bersedia membantu,” katanya, semalam.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuklah sokongan moral dan bersedia menerima Zamani untuk kembali arena seni.

“Mungkin selepas apa yang terjadi Zamani akan sedar kesilapannya dan berusaha untuk mengubah hidupnya kepada perkara yang lebih baik.

“Saya berharap peminat hiburan tanah air tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat Zamani. Teruskan memberi semangat untuk dia mengharungi kehidupan akan datang,” katanya.

Sementara itu, bekas editor Majalah Hiburan, Emma Hussien menyifatkan Zamani seorang penyanyi yang mudah untuk bekerjasama.

“Dalam kerjayanya sebagai penyanyi, dia selalu memberikan kerjasama terbaik kepada kami dahulu. Sentiasa berdisiplin dan boleh saya katakan dia anak seni tulen.

“Bukan sahaja bakat dan suaranya malah sikapnya yang menghormati orang lain juga sangat baik. Apalah salahnya, jika dia diberikan peluang kedua untuk menebus kesilapannya itu. Saya percaya, dengan bakat dan disiplin itulah yang menjadi semangat untuknya dan kerana itu juga peminat masih setiap bersamanya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");