Sukan Hari Ini

Kempunan uji barisan terbaik

Kuala Lumpur: FELDA United gagal mengejutkan juara Liga Super Indonesia (ISL) 2014, Persib Bandung apabila tewas 1-3 dalam satu aksi persahabatan di Bandung, malam kelmarin.

Tanpa dua kelibat import dari Liberia, Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar yang berdepan masalah visa ke Indonesia, Irfan Bakti Abu Salim terus kempunan menurunkan kesebelasan terbaik buat kali pertama seperti diimpikan jurulatih berpengalaman itu.

Pada perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat itu, tuan rumah yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Walikota Padang 2015 minggu lalu, membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi tandukan pemain import dari Mali, Makan Konate sebelum Tantan Dzalikha menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0.

FELDA United yang diketuai Mohd Shukor Adan cuba mempamerkan kebangkitan pada babak kedua dan merapatkan kedudukan menerusi tandukan Ndumba Makeche ketika babak kedua baru berlangsung 10 minit, namun jaringan penyamaan yang dicari tidak kesampaian apabila tuan rumah memastikan kemenangan menerusi rembatan Yandi Sofyan Munawar dalam kotak penalti pada minit ke-61.

“Saya hanya berpuas hati selepas perlawanan memasuki tempoh 30 minit kerana sebelum itu bahagian tengah terlampau longgar dan senang ditekan lawan,” kata Irfan.

Jelas Irfan, beliau terpaksa melakukan pertukaran untuk memantapkan jentera tengah dengan menurunkan Ferris Danial dan kelihatan The Fighters mempamerkan kebangkitan.

“Saya akan memanfaatkan tempoh yang ada untuk membaiki kelemahan,” jelasnya yang sudah merancang beberapa aksi persahabatan sebelum sepak mula Liga Super pada 7 Februari ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");