Perak Hari Ini

Majikan Dipercayai Guna Sterika Dera Pembantu Rumah Ditahan Polis

IPOH: Polis Perak telah menahan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes dera membabitkan warga asing yang dipercayai pembantu rumahnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam, wanita berusia 34 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Bercham, di sini, malam tadi.

Katanya, ia susulan laporan yang telah dibuat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Warga asing itu mendapatkan rawatan di HRPB dan berdasarkan laporan doktor yang merawat wanita itu, sepasukan polis telah membuat serbuan di kediaman ahli perniagaan wanita itu dan menahannya.

“Turut dirampas adalah sebuah sterika yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Perak hari ini.

Beliau berkata, pembantu rumah tersebut telah dihantar ke Balai Polis Tambun, dekat sini pada 6 Januari lalu oleh orang awam selepas ditemui dalam keadaan cedera.

“Doktor yang merawat wanita warga asing yang berumur 25 tahun tersebut telah membuat laporan polis kerana wanita berkenaan dipercayai telah didera.

“Pemeriksaan perubatan juga mendapati terdapat kesan-kesan kecederaan di bahagian kepala, lengan kanan dan kiri, dada dan leher serta terdapat kesan luka lama dan baru pada tubuhnya,” katanya lagi.

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Ahli perniagaan tersebut kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Januari depan bagi membantu siasatan,” katanya lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");