Berita Hari Ini, Sukan Hari Ini

Khairul perlu bantuan!

Kemaman: Namanya mungkin gah di pentas sukan negara, apatah lagi pernah menunjukkan aksi membanggakan di Sukan Olimpik London, namun realitinya kehidupan pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad boleh dianggap serba kekurangan.

Rumah keluarganya di Kampung Pasir Gajah, dekat sini, boleh dikategorikan uzur, apatah lagi dengan banjir melanda baru-baru ini, air naik setinggi lebih dua meter.

Malah pada 2013, banjir yang jauh lebih buruk hampir menenggelamkan rumahnya dan lebih malang lagi pemanah berkenaan tidak dapat bersama keluarganya kerana memberi fokus terhadap Sukan SEA Nay Pyi Taw.

Sewaktu Program Pasca Banjir yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) kelmarin, mereka yang terbabit dapat melihat sendiri rumah pemanah terbabit yang berada di kawasan agak rendah dan tentu sekali paling awal ditenggelami air jika bah melanda.

Sewaktu banjir baru-baru ini, keluarganya berpindah ke Surau Batu 10, yang terletak di kawasan lebih tinggi, di seberang jalan rumahnya selama sembilan hari.

-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");