Perak Hari Ini

Longgokan Kayu ‘Pallet’ Terbakar, Usaha Memadam Giat Dijalankan

LENGGONG: Kerja memadamkan kebakaran melibatkan kebakaran longgokan kayu jenis (Pallet) di Kilang papan dekat Kota Tampan, Lenggong masih giat dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat bagi mengawal keadaan.

Menurut sumber Balai Bomba Dan Penyelamat Bahagian Lenggong, panggilan kecemasan membabitkan kebakaran terbabit  berhampiran dengan Maktab Rendah Sains Mara Lenggong itu diterima pihaknya sekitar jam 5 pagi tadi.

IMG-20150105-WA0014

Kerja memadamkan kebakaran kali ini turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat bahagian Gerik dan Pengkalan Hulu.

“Setibanya jentera di tempat kejadian mendapati berlaku kebakaran kayu jenis pallet yang berukuran 20 meter x 30 meter di kawasan terbuka,” katanya.

Berikutan tekanan air dikawasan tersebut agak rendah bagi proses pemadaman, bantuan dikerahkan daripada balai Bomba berdekatan seperti Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dan Pengkalan Hulu.

IMG-20150105-WA0013

Operasi pemadam masih lagi dijalankan ketika ini yang diketuai oleh Ketua Operasi PPGB Ahmad Izuwan Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");