Perak Hari Ini

Banjir: Masyarakat Tunjuk Semangat Solidariti Untuk Bantu Mangsa Banjir

KUALA KANGSAR: Semangat solidariti dalam kalangan masyarakat Malaysia terserlah ketika menjalinkan kerjasama dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir selepas bencana berkenaan melanda negara  termasuk negeri Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman berkata, semangat itu dapat dilihat melalui bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak iaitu salah satunya di Kuala Kangsar yang terjejas dengan bencana banjir.

“Sabtu lalu, kita sudah mulakan gotong royong perdana melibatkan ribuan para sukarelawan yang datang dari dalam dan juga luar negeri Perak, membantu membuat gerak tubuh kerja pembersihan di premis-premis dan kediaman yang terlibat dalam banjir.

“Alhamdulillah,saya amat terharu dengan adanya bantuan daripada semua pihak ini dan ia secara tidak langsung memberikan satu pentunjuk bahawa satu solidariti diantara seluruh rakyat di Malaysia ini amat baik dimana ingin saling bantu membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir di Kampung Sayong Lembah dekat Kuala Kangsar hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan terkini Kuala Kangsar selepas bencana banjir, beliau berkata, keadaan di semua kawasan di daerah itu semakin pulih.

PERAKTODAY15

“Keseluruhan 14 buah pusat penempatan banjir telah pun ditutup dan mangsa-mangsa telah pulang ke rumah.

“Kita sudah memulakan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di sini sejak semalam, yang mana kita telah melaksanakan proses pembersihan di rumah-rumah tersebut seterusnya kita berikan barang-barang makan keperluan asas kepada mereka.

“Hari ini pula, kita panjangkan lagi usaha tersebut dengan membekalkan barangan makanan keperluan asas bersama dengan sedikit kelengkapan seperti tikar dan toto bagi rumah yang benar-benar terkesan dengan keadaan banjir ini,” katanya lagi.

Jelasnya, bantuan tersebut diperolehi daripada hasil kutipan dan pengumpulan daripada beberapa pihak.

“Bantuan ini adalah daripada Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar sendiri dan juga parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta penyumbang-penyumbang yang kita kumpulkan di depo.

“Sumbangan tersebut telah kita kumpulkan dan akan agih-agihkan kepada mangsa-mangsa yang benar-benar terjejas dengan banjir di seluruh Kuala Kangsar,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, bantuan tersebut disampaikan mengikut kategori keadaan mangsa banjir yang terlibat dan terjejas akibat daripada bencana itu.

“Terdapat tiga kategori iaitu mangsa yang dipindahkan akibat bahaya, mangsa dipindahkan akibat rumah berhampiran dengan sungai serta kedudukan rumah mereka sudah terkepung dan yang ketiga adalah mangsa yang benar-benar rumah mereka ditenggelami air.

“Bantuan hari ini kita buat khusus kepada mangsa yang benar-benar rumahnya terlibat dalam banjir dan ditenggelami air.

“Insyaallah ini bukan kali terakhir, kerana jika ada bantuan lagi yang hendak disampaikan kepada penduduk, kita akan turun padang lagi demi untuk mendekati rakyat yang terkesan akibat daripada banjir,” ujar Maslin lagi.

Beliau juga berharap agar mangsa-mangsa banjir dapat bertahan dan juga terus bersabar kerana bencana banjir tersebut merupakan ujian daripada Allah dan menyeru untuk sama-sama membangunkan daerah itu dengan lebih cemerlang

PERAKTODAY17

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");