Jenayah

Maut jatuh dari tingkat sembilan pangsapuri

JOHOR BAHRU – Satu mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemui terbaring oleh seorang penduduk di sebuah pangsapuri dekat Taman Tampoi Indah, semalam.

Mayat terbabit ditemui selepas kedengaran suara jeritan seseorang sebelum menemui mangsa jam 1 petang.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri terbabit apabila terdapat kesan darah pada dinding luar berhampiran tingkap rumahnya.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, sebelum terdengar jeritan itu, dia dalam perjalanan turun daripada tingkat enam rumahnya yang terletak berdepan dengan blok yang didiami mangsa ketika kejadian.

“Saya bergegas ke bahagian luar dan melihat mangsa terbaring berlumuran darah di atas tanah. Beberapa minit kemudian, polis tiba selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk lain.

“Selepas itu, saya mendapat tahu daripada pengawal keselamatan bahawa ada seorang lelaki tergesa-gesa meninggalkan pangsapuri dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");