Perak Hari Ini

MB Inc Kumpul RM200,000 Untuk Bantuan Pasca Banjir Di Perak

BOTA: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dengan kerjasama beberapa rakan niaganya berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah hampir RM200,000 sebagai bantuan pasca banjir untuk membantu mangsa banjir di negeri Perak.

“MB Inc bersama-sama rakan niaga lain telah berjaya mengumpulkan dana lebih RM200,000 khusus untuk bantuan pasca banjir di Perak,” demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminuddin Hashim.

Jelasnya lagi, dana berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori berbeza termasuklah daripada bentuk barangan keperluan pasca banjir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas menyampaikan 100 helai sejadah dan telekung kepada mangsa banjir dekat sini, hari ini.

Katanya lagi, kategori pertama membabitkan barangan keperluan termasuklah periuk nasi dan tong gas yang mengikut keperluan sesuatu daerah yang terjejas banjir.

“Kategori kedua pula berbentuk pemberian wang tunai RM150 kepada pelajar yang terlibat dengan banjir untuk persediaaan kembali ke sekolah.

“Sumbangan yang diberikan dalam bentuk sumbangan keperluan dan asas ini diharap dapat meringankan beban mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

telekung

Tambahnya lagi, bantuan tenaga juga disediakan untuk membantu mangsa melalui sukarelawan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

“Bantuan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kita akan menggembleng tenaga untuk membantu kawasan yang terjejas banjir,” katanya.

Katanya lagi, iktibar musibah banjir juga sepatutnya mendorong umat Islam dan rakyat untuk bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.

“Sokongan daripada pelbagai agensi sudah pasti dapat meringankan beban mangsa banjir di Perak,” tegasnya lagi.

Kampung Kepayang merupakan kampung pertama di Perak yang menerima bantuan pasca banjir yang disalurkan oleh MB Inc.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");