Membawang Hari Ini

Nick bergerak solo

Selepas mencipta bersama dua abangnya dalam Jonas Brothers, keputusan pemain gitarnya Nick Jonas bergerak solo sejak 2010 nampaknya menjadi.

Apa yang pasti, anak muda berusia 22 tahun itu benar-benar membuat persiapan terbaik dalam menembusi semula gawang industri muzik.

Bukan setakat pemilihan material lagu, tetapi penampilannya turut menjadi bualan.

Daripada wajak keanak-anakan, Nick tampil dengan transformasi menawan dengan membina otot-otot pada badannya.

Dengan penampilan itu, Nick menjadi kegilaan peminat terutama dalam kalangan wanita lebih-lebih lagi dia kini kelihatan begitu matang.

Selain itu, Nick turut mencipta identitinya sendiri menerusi fotografi yang dijayakannya dengan aksi agak mengghairahkan. Bukan sekali dua, namun banyak kali dia lakukan aksi sama setiap kali menjadi penghias majalah.

Tindakannya terlalu menayang bentuk badan menariknya itu tentu sekali dicemburui ramai pihak.

Apabila ditanya mengenai hal berkenaan, menurut Nick, dia tidak ambil hati, tetapi bersyukur kerana mendapat perhatian luar biasa.

“Jika benar gara-gara badan saya boleh menarik perhatian mereka, ia secara tidak langsung membantu mereka mendengar muzik serta mengikuti perkembangan saya. Semua itu memang berbaloi,” kata penyanyi lagu Jealous ini.

Bersama Jonas Brothers sebelum ini, Nick dilihat sukar mencorakkan dirinya sebagai artis. Tidak semua apa yang dimahukannya boleh ditunaikan, tetapi kini dia tidak perlu memikirkan hal itu lagi.

“Apabila sudah bergerak sendiri, tanggungjawab itu lebih berat dan kebanyakan masa dihabiskan bekerja sendirian.

“Apapun, inilah fasa paling indah dalam hidup saya. Bergerak sebagai artis solo membolehkan saya menonjolkan diri ke tahap lebih jauh,” katanya.

Selain meletup dengan lagu Jealous, Nick kini bahagia bersama kekasihnya Olivia Culpo dan mereka dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, perkahwinan Nick dengan bekas Miss Universe 2012 itu masih samar meskipun baru-baru ini ada petanda mereka sedang membuat persiapan perkahwinan.

Kesemua anggota keluarga Jonas memang sedang berahsia sekarang ini. Apapun, mereka jelas merestui hubungan pasangan itu bahkan menyifatkan mereka sangat padan berdua.

“Nick bukan jenis lelaki yang suka bertukar-tukar pasangan. Dia sangat menghormati ajaran agamanya dan sentiasa bersedia untuk menamatkan zaman bujang,” kata sumber berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");