Jenayah

Pasaraya nyaris hangus

KULAIJAYA – Sebuah pasaraya nyaris hangus selepas bahagian untuk menguji perkakas elektrik terbakar sehingga menyebabkan api merebak ke bahagian lain premis terbabit dalam kejadian awal pagi, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 2.48 pagi berhubung kebakaran terbabit di pasaraya berkenaan yang terletak di Batu 20, Jalan Kulai Air Hitam, di sini.

Menurutnya, sebuah jentera bomba dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran daripada merebak.

“Selepas menerima panggilan berhubung kebakaran itu, anggota bomba sampai ke lokasi tiga minit kemudian. Api dapat dikawal daripada merebak ke bahagian lain pasaraya terbabit kira-kira jam 3.06 pagi.

“Operasi tamat kira-kira 40 minit kemudian, kebakaran terbabit memusnahkan bahagian tersebut selain melibatkan ‘water damage’ akibat sistem pemercik yang dipasang.
“Tiada kecederaan dilaporkan berikutan berlaku awal pagi, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian kira-kira jam 12.41 di Kilometer 3, Pekan Yong Peng, Jalan Yong Peng Air Hitam, Batu Pahat.

Mangsa, seorang lelaki berumur lingkungan 60-an maut di tempat kejadian akibat kemalangan terbabit.

Seorang pegawai dan enam anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 12.49 tengah hari untuk mengeluarkan mayat mangsa manakala operasi tamat kira-kira jam 1.20 petang.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");