Jenayah

QZ8501: Dua bahagian besar pesawat ditemui

JAKARTA : Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui dua bahagian besar pesawat AirAsia Indonesia 8Z8501 yang terhempas di Laut Jawa Ahad lalu.

“Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” kata ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo.

Bambang berkata, kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter (90 kaki) di bawah permukaan air.

Katanya, agensi itu kini sedang cuba untuk mendapatkan imej objek berkenaan dengan menggunakan kenderaan kawalan jauh bawah air. -AFP/Reuters-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");