Perak Hari Ini

Penunggang Maut Nahas Langgar Lori Rosak

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan berdekatan Plaza Tol Simpang Pulai, dekat sini, sebentar tadi.

Kemalangan kira-kira jam 3.15 petang itu yang membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Difahamkan, lori yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu itu sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kelantan untuk menghantar bekalan ayam sebelum mengalami kerosakan.

Pemandu lori tersebut telah memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebaik menyedari masalah terbabit.

Sebaik sahaja ingin keluar dari lori dan mengangkat kepala lori tersebut untuk melihat kerosakan, beliau mendengar satu bunyi dentuman kuat dari arah belakang kenderaan berkenaan.

Beliau mendapati seorang penunggang bersama motosikalnya motosikal terperosok di bahagian belakang lori yang diberhentikan di tepi jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");