Jenayah

Tiba-tiba jatuh muflis

Johor Bahru: Seorang lelaki lembam yang dua kali kehilangan kad pengenalan kini menanggung hutang RM60,000 selepas dokumen itu disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab.

Gan Kim Chai, 40, menyedari diisytiharkan muflis selepas menerima surat peguam mewakili sebuah bank bertarikh 9 Jun 2014 yang memaklumkan kegagalannya melunaskan baki pinjaman RM60,000.

Adik mangsa, Gan Ah Hok, 35, berkata, abangnya kehilangan kad pengenalan kali pertama pada 2003 akibat tercicir ketika berada di Stulang Laut dan selepas memperbaharuinya, dokumen penting itu hilang sekali lagi pada April 2014.

“Abang saya seorang lembam, oleh itu saya tampil membantu menyelesaikan masalah ini memandangkan ia sudah berlarutan sejak tahun lalu.

“Lebih teruk lagi, perbincangan dengan pihak bank tidak berjaya dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru sudah memutuskan abang saya muflis pada 29 Disember 2014,” katanya ketika sidang media di Kelab Akhbar Cina di Taman Maju Jaya di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");