Perak Hari Ini

“Usaha Kini Ke Arah Tangani Kerosakan Pasca Banjir,” : DS Zambry

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi penekanan khusus menangani banjir ke arah  usaha-usaha pasca banjir bagi penilaian terhadap kerosakan yang berlaku telah dan sedang giat dijalankan.

“Sama ada oleh pihak Jabatan kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan kini sedang giat bagi memastikan supaya kawasan yang dilanda banjir dapat diberikan bantuan secara sukarela untuk proses pembersihan kawasan sekitarnya,” katanya.

Tambahnya lagi, kawasan pembersihan kawasan terlibat banjir dijalankan seperti di Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Sungai Siput daripada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan.

Mengulas pula mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di Batu Gajah semalam, faktor kejadian katanya perlu diteliti secara mendalam berikutan beberapa faktor yang menjadi penyebab seperti masalah perparitan dan paras air yang naik secara mendadak.

Katanya lagi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) perlu dirujuk bagi mengenal pasti kesan kejadian berlaku termasuklah mengenai sistem perparitan yang perlu dinilai secara teliti.

Tambahnya lagi, untuk menangani banjir, tidak hanya mengharapkan satu pihak semata-mata kerana bagi membantu rakyat adalah melibatkan semua pihak.

“Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik bagi menangani bantuan banjir kali ini,” katanya.

Jumlah kerugian akibat banjir di Perak masih di dalam proses penilaian dan jelasnya lagi, kerugian kali ini juga tidak sebegitu serius seperti di Pahang dan Kelantan.PERAK TODAY 5

Menurut, Ketua Polis, Datuk Osman Salleh berkata setakat hari ini juga pihak Polis tidak menerima sebarang aduan dan laporan berkaitan kejadian jenayah yang berlaku yang menimpa mangsa banjir kali ini.

“Semasa musim banjir ini tiada satu laporan berkaitan kejadian rumah dipecah masuk atau sebarang kejadian jenayah yang berlaku,” katanya.

Jelasnya lagi hanya satu kejadian mati lemas melibatkan seorang pemuda yang lemas akibat terjatuh ke dalam saluran air di Kampung Gajah telah dilaporkan.

“Pemuda 18 tahun itu lemas pada 31 hari bulan yang lalu dan mayatnya telah dijumpai semalam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");