Perak Hari Ini

29.8 Juta Pelancong Disasar Kunjungi Malaysia Pada 2015

TELUK INTAN: Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong akan melawat negara ini sempena program Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi kepelbagaian program pelancongan yang dianjurkan di negara ini.

“Ini termasuklah rumah terbuka pelbagai perayaan di Malaysia yang mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara.

“MyFest 2015 pastinya akan dapat  melonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam industri pelancongan,” katanya.

PERAKTODAY2

Justeru, beliau berharap agar program berkenaan dapat diteruskan di masa akan datang.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjana pendapatan berjumlah RM168 bilion dengan kedatangan 36 juta pelancong menjelang 2020.

“Industri pelancongan akan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya lagi.

Ujar beliau lagi, ia mampu menjadi sumber pendapatan kedua terbesar selepas sektor pembuatan dan juga merupakan komponen keenam terbesar dalam ekonomi Malaysia pada 2013.

“Ia telah menyumbang sebanyak RM51.5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada tahun 2013,” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");