Perak Hari Ini

Pertahankan Keamanan, Eratkan Perpaduan: Muhyiddin

TELUK INTAN: Rakyat diseru agar mengekalkan keharmonian dan perpaduan sedia ada bagi membentuk ikatan yang lebih utuh.

Kepelbagaian masyarakat negara ini menjadikan ia cukup unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya bersyukur dengan keamanan yang telah dikecapi pada masa ini.

“Kita amat bersyukur dengan keadaan negara yang aman dan stabil berbanding dengan beberapa negara lain yang kini sedang bergolak dan rakyat hidup menderita.

“Pada malam ini, warga Teluk Intan yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya bersama-sama memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina, sekaligus memaparkan ciri-ciri keunikan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 di Dataran Menara Condong, di sini, sebentar tadi.

PERAKTODAY12

Katanya, keharmonian yang dikecapi oleh rakyat membolehkan semua masyarakat yang berbilang kaum menyambut semua perayaan dalam suasana aman dan damai.

“Suasana ini memberi ruang kepada kita untuk turut sama meraikan semua perayaan termasuklah Tahun Baru Cina dengan penuh rasa muhibah dan meriah.

“Justeru, nikmat yang dimiliki ini seharusnya disyukuri dan keamanan ini harus dipertahankan,” jelasnya.

Tambahnya, salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah sambutan rumah terbuka yang dianjurkan saban tahun.

“Amalan rumah terbuka memberi banyak manfaat terutamanya dalam usaha mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat di negara kita.

“Selain itu, ia secara tidak langsung dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong dari luar negara,” ujar Muhyiddin lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");