Membawang Hari Ini

Abil berang akaun Facebook tipu guna namanya

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nabila Huda atau Abil berang apabila dikhabarkan satu akaun Facebook yang menipu menggunakan namanya bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Saya diberitahu semalam mengenai isu ini apabila ada pihak yang prihatin dan ‘tagged’ saya di Instagram.

“Saya difahamkan yang akaun tersebut menggunakan nama saya dan meminta duit kepada orang ramai untuk menyalurkan sejumlah wang kepada sebuah akaun.

“Memang selama ini ada beberapa akaun palsu yang menggunakan nama saya namun saya tidak mengendahkan sangat perihal itu.

“Tetapi apabila ada pihak yang menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah itu membuatkan saya marah,” kata Abil kepada BH Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Abil berkata, tindak tanduk individu terbabit sedikit sebanyak telah memburukkan namanya kerana individu tersebut menyebarkan fitnah bahawa Abil sedang menghadapi masalah kewangan serta meminta bantuan kewangan daripada peminat.

“Jika boleh saya mahu mencari individu yang bertanggungjawab ini untuk membersihkan semula nama saya serta memulangkan wang yang telah ditipunya. Namun saya baru ‘check’ yang akaun tersebut sudah tiada.

Saya masih berfikir apa yang patut saya buat. Saya sedang dalam proses untuk menyiasat serta meminta nasihat daripada pihak yang lebih arif berhubung tindakan susulan yang akan diambil,” kata Abil mengakhiri perbualan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");