Sukan Hari Ini

Aik Quan-Pei Jing pamer bisa

Kuala Lumpur: Semangat luar biasa dipamerkan pemain beregu campuran negara Tan Aik Quan-Lai Pei Jing apabila menumpaskan pilihan kelima dari Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam di pusingan pertama Grand Prix (GP) Emas Terbuka Jerman 2015 semalam.

Mereka hanya mengambil masa 47 minit untuk mencatat kemenangan straight set 25-23, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung di RWE-Sporthalle.

Menurut Pei Jing, dia sendiri terkejut dengan kemenangan itu tetapi mereka tidak terlalu memikirkan kekuatan lawan sebelum beraksi.
Jelasnya, tindakan itu memberi keyakinan kepada mereka untuk menumpaskan lawan yang lebih kuat.

”Sebenarnya saya seperti hilang keyakinan sebelum datang ke sini terutama ketika terlepas peluang beraksi di saingan akhir GP Emas Masters Malaysia dan GP Emas Terbuka India bulan lalu.

”Jadi kemenangan ini sangat bermakna buat saya,” katanya yang kembali bergandingan bersama Aik Quan selepas memulakan aksi tahun ini berpasangan dengan Chan Peng Soon.

Pemain kelahiran Kuantan itu berkata, pada set pertama mereka memiliki sedikit tuah untuk mencatat kemenangan 25-23 tetapi berbeza di set kedua.

”Kami membiarkan pemain lawan mengejar 18-16 walaupun sebelum itu kami meninggalkan mereka dengan kedudukan 18-10,” katanya.

Menanti mereka di pusingan kedua pemenang di antara Anatoliy Yartsev-Evgeniya Kosetskaya (Russia) atau Sam Magee-Chloe Magee (Republik Ireland).

Perlawanan antara kedua-dua pasangan itu berlangsung lewat malam tadi.

“Kami belum pernah bertemu atau melihat kedua-dua pasangan itu beraksi sebelum ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");