Jenayah

Gadis beri alasan tidur rumah kenalan

HILIR PERAK – Seorang ibu merayu bantuan mengesan anak gadisnya, Nur Shahizatul Shahira Shahurinain, 16, yang hilang selepas keluar ke Pekan Teluk Intan, 7 Januari lalu.

Eriyana Syabynaa, 35, berkata, pada hari kejadian, ibunya, Jakyah Mohamad Kamis, 67, bersama anak gadisnya pergi ke Pekan Teluk Intan untuk urusan bank.

Menurutnya, ketika itu, ibunya cuba mengajak Nur Shahizatul masuk ke dalam bank, namun dia enggan dan hanya mahu menunggu di stesen bas Bandar Baru, di sini.

“Setelah selesai urusan bank, ibu terus ajak anak saya pulang, tapi dia tak mahu dan minta neneknya balik dahulu.

“Kira-kira jam 4 petang hari sama, dia telefon neneknya dan beritahu tak balik sebab mahu bermalam di rumah kawannya di Bagan Datoh.

“Masa itu, ibu saya tak sempat tanya dia apa-apa, sebab talian diputuskan tergesa-gesa,” katanya.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Hutan Melintang berikutan kehilangan itu.

Dalam pada itu, Eriyana berkata, dia cuba menghubungi Nur Shahizatul dan menghantar pesanan menerusi aplikasi WeChat dan WhatsApp, tapi gagal dipercayai telefon bimbit digunakan dimatikan.

Menurutnya, Nur Shahizatul tidak menunjukkan perkara ganjil memandangkan anak sulung dua beradik itu seorang yang pendiam.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum hilang, anaknya yang menghabiskan masa cuti sekolah di kediaman neneknya ada menyatakan hasrat mahu menyambung pelajaran ke sekolah pondok.

“Saya tak kisah dengan hasrat dia yang mahu bersekolah pondok, namun ikutlah kemampuan.

“Kini, apa yang lebih membimbangkan beberapa hari ini, saya kerap terdengar suara anak minta tolong dan mahu balik,” katanya.

Setelah lebih sebulan laporan kehilangan Nur Shahizatul itu dibuat, Eriyana berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan, termasuk mencarinya di beberapa lokasi selain menghubungi kenalan anaknya.

“Saya cuba cari dia guna alternatif lain, tapi tidak berjaya. Dia hilang tanpa khabar,

“Siapa yang tak bimbang keselamatan anak, tambah lagi anak gadis. Saya harap sangat orang ramai yang terjumpa anak saya dapat serahkan dia kepada polis atau hubungi 0178811753 ataupun 0182344423,” katanya.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");