Jenayah

Lima didakwa culik kanak-kanak di Klang

KLANG: Lima lelaki, termasuk dua remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di rumahnya pada 22 Januari lalu.

Mohammad Norhafizie Abdullah, 18; Mohammad Faiderus Suhaini, 32; Nashamizie Shahidan, 19, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 tahun, mengangguk faham apabila tuduhan terhadap mereka dibacakan di dalam bahasa Melayu di depan Majistret Nor Asma Ahmad.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada jam 2.10 pagi, 22 Januari lalu, mangsa diculik ketika tidur bersama ibu dan seorang adiknya berusia tiga tahun oleh sekumpulan suspek di rumah mereka di Klang, sebelum dibawa ke sebuah pangsapuri di Batu 3.5, Jalan Pantai, Port Dickson.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");