Sukan Hari Ini

Misi dua jagoan

Melbourne: Andy Murray bertekad mahu mengakhiri badi tiga kekecewaan di final Terbuka Australia manakala pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pula memburu kejuaraan kelima dalam perlawanan penentuan di Melbourne, malam ini.

Kejohanan utama pertama tahun ini sentiasa mengecewakan pemain Scotland itu namun dia diberikan satu peluang lagi untuk menebus kekecewaan selepas berjaya merangkul gelaran Wimbledon dan Terbuka AS.

Untuk melakukannya, pilihan keenam dari Britain itu perlu memecahkan rekod Djokovic di gelanggang keras Melbourne, kini memburu gelaran kelima sepanjang tempoh lapan tahun.

Djokovic pernah menewaskan Murray dalam dua daripada tiga pertemuan mereka di Australia pada 2011 dan 2013 namun dia pernah menewaskan pemain handalan Serbia itu di dua kejohanan utama Terbuka Amerika Syarikat pada 2012 dan 2013 di Wimbeldon.

Murray turut melakarkan sejarah apabila menjadi pemain Inggeris pertama menjuarai Wimbledon selepas 77 tahun, dua tahun lalu. Dia juga boleh menjadi pemain Britain pertama sejak Fred Perry pada 1934 menjulang trofi Terbuka Australia itu.

Djokovic mengejar gelaran kelapan Grand Slam yang menjadi kegemarannya, namun Murray membawa sokongan penuh sentimental hasil kerja kerasnya di Melbourne. Persoalannya sama ada dia seorang pemain yang lebih baik bagi mereka yang berpengalaman.

“Saya sedar untuk menang perlawanan esok adalah sangat sukar. Saya tahu jika saya mahu menang, ia pasti akan menjadi begitu sukar dan mencabar fizikal,” kata Murray.

“Jadi saya perlu bersedia secara mental untuk menanganinya. Tapi dia mempunyai rekod yang hebat di sini. Dia begitu sukakan gelanggang dan keadaan cuaca di sini. Ia pasti menjadi satu kejutan besar jika saya berjaya menang esok (hari ini).”

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");