Membawang Hari Ini

Tak mudah putus asa

Persembahan Indah Ruhaila, 28, ketika Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) mendapat pujian ramai, malah mutunya tidak jauh dari pemenang Vokal Terbaik, Dayang Nurfaizah.

Siapa sangka, penyanyi baru sepertinya mampu menjadi pesaing terdekat penyanyi terkenal dan berpengalaman di pentas AJL.

Walaupun tidak menang, Indah tidak sedikit pun kecewa mahupun bersedih. Katanya, dia umpama ikan bilis yang berenang antara jerung jika dibandingkan dengan peserta yang bertanding malam itu.

Masing-masing punya kelebihan dan dia terima hakikat masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Berdiri di pentas itu pun sudah cukup untuk saya, apatah lagi apabila mendapat tahu saya kedua terbaik kategori vokal. Namun, sejak dari mula lagi saya dapat mengagak kemenangan berpihak kepada Dayang.

“Saya juga sedar semua peserta pada malam itu mempunyai pengalaman bertanding di pentas AJL. Cuma saya budak baru. Pada malam itu, saya cuma ingin fokus pada vokal dan tujuan utama menjadikan ia sebagai batu loncatan supaya lebih dikenali,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");