Sukan Hari Ini

Nishikori gah juarai ATP Terbuka Memphis buat kali ketiga

MEMPHIS (Amerika Syarikat): Jaguh tenis Jepun yang juga pilihan utama, Kei Nishikori muncul pemain pertama menjuarai ATP Terbuka Memphis buat kali ketiga berturut-turut, awal pagi tadi.

Nishikori menewaskan pilihan kedua dari Afrika Selatan, Kevin Anderson 6-4 6-4 dalam kejohanan yang dijalankan di stadium tertutup itu.

Ia kejuaraan kelapan ATP buat Nishikori dan dianggap kemenangan paling mudahnya di final dengan kesemua aksinya pada pusingan sebelum ini berlangsung dalam perlawanan tiga set.

“Perlawanan hari ini amat berbeza dengan beberapa perlawanan sebelum ini,” kata bintang tenis Jepun berusia 25 tahun itu.

“Saya bermain dengan amat baik dan membalas pukulan dengan amat baik.”

Nishikori sebelum ini mencatat sejarah muncul pemain tenis Asia pertama melangkah ke final perseorangan lelaki di kejohanan Grand Slam apabila menamatkan saingan Terbuka Amerika Syarikat selaku naib juara. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");