Perak Hari Ini

Persatuan Pandu Puteri Sumbang Bantuan Lebih RM400,000 Untuk Bantuan Mangsa Banjir

Persatuan Pandu Puteri Malaysia membelanjakan sejumlah RM401,890.80 bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada mangsa banjir yang terjejas di Perak.

Menurut Yang Dipertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor, bantuan turut diberikan kepada sekolah rendah dan menengah yang melibatkan seramai 11,542 orang murid.

“Sumbangan ini bernilai RM149,90.80 yang melibatkan pelbagai kelengkapan sekolah,” katanya.

PERAK TODAY 1

Tambahnya lagi, bantuan turut diberikan kepada guru yang terlibat dengan banjir iaitu seramai 1,260 orang.

“Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM226,800 iaitu berbentuk dua pasang kain dan kain batik manakala bagi lelaki sepasang sarung pelikat dan dua pasang t- shirt.

“Bantuan sumbangan turut diberikan kepada kakitangan sokongan kepada sekolah yang berjumlah seramai 260 orang,” katanya lagi.

Beliau berkata dalam satu sidang media sejurus selepas membuat lawatan dan memberi sumbangan di Kampung Sayong Tebing, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 90 murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Ghegar Galah Sauk, dekat Kuala Kangsar sekitar jam 1.30 tengah hari tadi sejurus meninjau persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir berkenaan.

PERAK TODAY 5

Hadir sama, YDP Pandu Puteri Perak, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Ujarnya lagi, RM691,490.80 dibelanjakan bagi misi bantuan bencana banjir di seluruh negeri Perak yang melibatkan sebanyak 2,896 keluarga dengan jumlah bantuan sekitar RM2,890,600.

Pandu Puteri juga tambahnya, akan bergerak ke Kemaman, Terengganu bersama BAKTI dan akan terus ke Temerloh Pahang pada 9 Febuari ini bagi misi bantuan banjir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");