Berita Hari Ini

TNB diminta pertimbang turunkan tarif elektrik

KUALA LUMPUR, 4 Februari:

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mempertimbangkan penurunan tarif elektrik.

Gesaan itu katanya selaras dengan penurunan harga minyak yang diumumkan sebelum ini dan kenaikan tarif yang dibuat oleh Jemaah Menteri sebelum ini adalah berpunca daripada kenaikan kos bahan bakar.

“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui posting terbaru dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam masa yang sama, Khairy turut menggesa agar pengguna memainkan peranan mereka untuk menekan peniaga agar menurunkan harga barangan.

“Mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Gunakan kuasa anda sebagai pengguna. Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna. Siarkan dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial,” katanya.

-therakyatpost

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");