Membawang Hari Ini

Peserta MLM2014 beri saingan hebat

PENTAS akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) yang bakal berlangsung Jumaat ini pastinya memberi debaran hebat buat peserta yang terpilih.

Berkongsi perasaan yang sama, Nabil Ahmad mengakui persaingan yang wujud dalam pertandingan itu sememangnya sangat sengit walaupun rata-rata peserta yang layak ke pentas akhir adalah mereka yang sedang meningkat naik.

“Memang tidak dapat dinafikan, bagi saya tahun ini persaingan yang ada memang sangat sengit.

“Walaupun Bocey, Shiro dan Zero boleh dikatakan masih baru, namun kemampuan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Sepatutnya dengan pengalaman yang ada, saya yakin dengan kebolehan sendiri, tapi melihatkan semangat mereka, saya perlu bekerja lebih keras untuk beri yang terbaik,” ujarnya kepada Zass.

Oleh kerana terlalu fokus pada persembahannya setiap minggu, Nabil akui komitmennya sebagai penyampai radio dan pengacara agak terganggu.

“MLM bagi saya adalah satu program lawak terbesar setiap tahun. Jadi saya tidak mahu terlepas untuk turut serta dan pada masa yang sama mahu menjaga nama saya sebagai seorang pelawak.

“Memang kerja lain agak terganggu. Setiap kali jumpa rakan sekerja, saya akan cuba buat lawak dan minta pendapat mereka.

“Inilah antara usaha yang saya buat kerana ia memang minat saya dan kerjaya awal saya dalam industri ini,” jelasnya panjang lebar.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");