Perak Hari Ini

Polis Perak Terima 100 Kenderaan Baharu

IPOH: Polis Perak menerima 100 kenderaan baharu membabitkan pelbagai jenis bagi memperkasakan lagi perkhidmatan pasukan tersebut di masa akan datang.

Ketua Polisnya, Datuk Osman Saleh berkata, kenderaan itu termasuklah kereta, motosikal berkuasa tinggi dan juga skuter.

“Polis Perak menerima lima buah kenderaan MPV Nissan Navara, 30 buah kereta Proton Preve, 34 buah motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan juga 31 buah motosikal Skuter Honda Spacy NSC 110,” katanya.

PERAKTODAY4 (2)

Beliau berkata, kenderaan itu dapat memudahkan anggota polis untuk bergerak aktif dan pantas bagi mendekati masyarakat dan juga kaum wanita.

“Kenderaan ini akan diagihkan ke setiap daerah bagi memastikan kehadiran anggota Amanita, URB dan juga MPV di kawasan perumahan menjadi lebih efektif.

“Ia sekaligus mampu merapatkan jurang hubungan mesra antara masyarakat dengan pihak polis,” katanya sempena Majlis Penyerahan Kenderaan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

PERAKTODAY2 (6)

Antara daerah yang menerima kenderaan tersebut termasuklah Daerah Ipoh, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan juga Sungai Siput.

Tambahnya, penambahan kenderaan berkenaan akan dapat menjadi nilai tambah dalam memastikan keselamatan masyarakat setempat menjadi lebih terjamin.

“Penyediaan logistik yang berteknologi ini membolehkan anggota kita bertindak dengan pantas serta cepat sekiranya berlaku jenayah di sesuatu kawasan.

“Ini secara tidak langsung dapat memberikan kepuasan kepada orang ramai terhadap perkhidmatan polis,” ujar beliau lagi.

PERAKTODAY3 (2)

Sementara itu, beliau berkata, pemberian Skuter kepada Skuad Aman Wanita (Amanita) adalah perlu untuk digunakan dalam melakukan rondaan mencegah jenayah.

“Skuad Amanita yang ditubuhkan ini merupakan cara kempen pencegahan terbaik untuk mendekati kaum wanita khususnya suri rumah bagi melaporkan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan mereka.

“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan tahap kebimbangan terhadap jenayah selain mengubah persepsi masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan pasukan polis,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");