Perak Hari Ini

150 Terima Anugerah Penghargaan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-208 Peringkat Perak

IPOH: Seramai 150 orang yang mewakili pelbagai peringkat dan bidang terpilih menerima anugerah penghargaan sempena Sambutan Hari Polis Ke-208 peringkat Negeri Perak, pagi tadi.

Majlis berlangsung di perkarangan Padang Kawad Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini, yang disempurnakan oleh Timbalan Komander Briged Utara PGA Hulu Kinta, ACP Khaw Kok Chin.

Antara penerima anugerah termasuklah Pegawai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis Diraja Malayasia (PDRM), Ahli PERKEP dan juga pesara.

Turut menerima sijil penghargaan, orang awam dan kakitangan media yang terpilih atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sebelum ini.

PERAKTODAY7

Menurut salah seorang penerima anugerah, KPL Baharuddin Ramli yang mewakili Batalion 3 Bahagian Bidor, anugerah yang diterima itu merupakan suntikan semangat buatnya untuk terus berkhidmat.

“Tidak sangka pihak atasan menghargai perkhidmatan yang diberikan dan saya sangat gembira,” katanya.

Jelasnya lagi, penghargaan yang diterima itu hasil kejayaannya bersama dua ahli pasukan menemui 45 pendatang asing dan tekong di sempadan Malaysia- Thailand baru-baru ini.

“Semasa membuat rondaan rutin harian di sempadan Wang Kelian Perlis, kami terserempak dengan 45 orang pendatang tanpa izin dari Myanmar bersama dengan tekong mereka yang lengkap bersenjata,” katanya.

Katanya lagi, selepas digempur, tekong berkenaan berjaya melarikan diri manakala kesemua pendatang asing ditahan untuk tindakan susulan.

“Kanak-kanak pendatang asing turut ditemui ketika serbuan itu,” katanya.

Turut menerima anugerah atas kejayaan tersebut, rakan setugas KPL Jamal Nayan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");