Membawang Hari Ini

AC Mizan labur jutaan ringgit untuk Stesen TV Online pertama Malaysia

Demi merealisasikan impian, pengacara popular Datuk AC Mizal, melabur jutaan ringgit mengendalikan stesen TV online pertama di Malaysia.
Malah hos TV Meletop 2015 ini pada masa yang sama turut melancarkan stesen radio PeaceYallfm yang beroperasi mulai April ini.

Bagaimanapun dia belum bersedia mendedahkan jumlah wang yang dilaburkannya itu.

Bagi memastikan kru sebalik tabir stesen TV ini tampil dengan imej segar dari generasi Y selain mempunyai bakat terpendam, AC Mizal berkata ini sekaligus membuka peluang dan ruang kepada muka-muka baru dalam ujibakat pencarian pengacara dan DJ.

Teruja dengan misinya pada tahun ini, AC MIzal berkata sudah lama menunggu detik ini. Malah sambutan hangat golongan muda menyertai uji bakat yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini, membuatkan hatinya puas.

“Walaupun ia stesen TV online namun dari peralatan dan keperluan memerlukan kos yang mahal. Demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.

“Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV online saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran.

“Saya harap dua stesen ini akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan bintang baru dan membantu mencungkil bakat mereka di dalam bidang hiburan,” kata AC Mizal.

AC Mizal yang ditemui semasa pencarian bakat-bakat baru sebagai hos TV, bersyukur kerana terlalu ramai yang berminat menyertai syarikatnya itu.

Malah AC Mizal juga bangga kalangan yang berminat mempunyai bakat segar yang boleh diketengahkan di persada hiburan tanah air.

Popular dengan tagline Peace Yall, AC Mizal yang juga usahawan hotel di Danok, Thailand dan Bali, Indonesia, sebenarnya dia sudah lama mewujudkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface atau Malaysian Face.

Kata AC Mizal lagi, perkongsian idea melahirkan Mface dikongsi bersama juga pengasas laman ini, Tedy Teow.

“Saya menampilkan pelbagai konsep hiburan sepenuhnya untuk menghangatkan lagi industri hiburan tanah air. Saya harap ia menjadi wadah paling berguna kepada bintang baru.

“Ini kerana kebanyakan stesen TV tanah air menampilkan artis-artis yang sama. Jadi saya harap stesen TV dan radio ini menjadi medan dalam mempromosikan karya serta bakat mereka.

“Bagaimanapun sebagai pemilik stesen ini, saya menegaskan tidak akan muncul di skrin stesen TV ini,” kata artis eksklusif ASTRO.

AC Mizal yang sudah 23 tahun bergelumang di persada hiburan tanah air, bagaimanapun tetap meneruskan pekerjaan seninya selagi diperlukan oleh peminatnya.-4/3/2014 OLEH ZAINI ZAA-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");