Laporan Eksklusif, Sukan Hari Ini

Caleb Ewan Ungguli Peringkat Ketiga LTDL

GERIK: Pelumba pasukan Orica Greenage, Caleb Ewan menjuarai peringkat ketiga Le Tour De Langkawi (LTDL) dengan catatan masa empat jam, 13 minit dan 32 saat selepas menamatkan jarak kayuhan sejauh 170 Kilometer (KM) yang berakhir di Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

Tempat kedua pula dimiliki oleh pelumba MTN-Qhubeka, Youcef Reguigui manakala Leonardo Fabio Duque yang mewakili pasukan Colombia meraih tempat ketiga.

Caleb juga turut menyarung jersi kuning dan jersi biru bagi peringkat ketiga ini manakala pelumba dari pasukan MSS, Zhang Wen Long berjaya menyarung jersi putih bagi kategori Asia.

Sementara itu, pelumba pasukan UHC, Kiel Reijnen diumumkan sebagai pemenang jersi merah.

Untuk peringkat keempat esok, Caleb akan menyarung jersi kuning manakala jersi biru akan dipakai oleh Romain Feillu dari pasukan Bretagne-Seche Environment berdasarkan pungutan mata selaku pemenang tempat kedua.

Pelumba akan memulakan kayuhan dari Kota Baharu ke Kuala Berang, Terengganu membabitkan jarak sejauh 165.4 KM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");