Membawang Hari Ini

Hafiz muhasabah diri

Bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan, penyanyi popular Hafiz Suip, 25, kini lebih fokus dalam kehidupannya sebagai persiapan untuk memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.

Mengakui gementar memikirkan mengenai perkahwinannya, pe­nyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu mendedahkan dia banyak muhasabah diri sejak mengikat tali pertunangan dengan Nureffy Jesreel Abdullah, 23, pada 27 Februari lalu.

Menurut penyanyi lagu Matahari itu, dia kini tidak boros dan lebih berjimat dalam perbelanjaan seharian.

“Dulu saya selalu menghabiskan duit untuk menambah dan menukar aksesori kereta.

“Namun, sekarang saya perlu lebih fokus dalam kehidupan dan karier selain mempunyai kewangan kukuh untuk menyara keluarga,” katanya.
Memilih tarikh senang diingati

Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinan, Hafiz berkata, mereka belum menetapkan tarikh lagi kerana mahu menunggu Nureffy tamat pengajian pada September ini.

Hafiz berkata, tarikh lahir Nureffy pada Mei mungkin dipilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka agar mudah diingati.

“Saya memang sukar mengingati tarikh jadi memilih hari lahir saya untuk melangsungkan majlis pertunangan.

“Selepas tunang tamat pengajian September ini, barulah kami akan berbincang mengenai persiapan perkahwinan,” katanya.

Berhenti aktiviti lasak

Berkongsi perkembangan terbaru kariernya, Hafiz baru-baru ini dilantik sebagai duta produk kesihatan.

Menurut Hafiz, dia terlebih dahulu mencuba produk itu selama sebulan sebelum bersetuju menjadi duta.

“Selain wanita, lelaki juga boleh jadi duta kesihatan. Sejak mengamalkan produk ini, badan saya cergas dan bertenaga walaupun sibuk,” katanya.

Sebagai penyanyi selain menghidap masalah tulang belakang, Hafiz mengakui amat menitikberatkan soal kesihatan.

“Mengenai masalah tulang belakang, Alhamdulillah kesihatan bertambah baik dan cuma perlu menghadiri sesi fisioterapi setiap bulan,” katanya.

Berikutan masalah itu, Hafiz terpaksa berhenti melakukan aktiviti lasak termasuk bermain futsal.

“Sejak menghidapi masalah tulang belakang, saya tidak dapat berdiri dan duduk terlalu lama,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");