Berita Hari Ini

Cuti umum Hari Keputeraan Sultan Johor 23 Mac

Johor Bahru: Kerajaan negeri menggazetkan 23 Mac sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor mulai tahun ini menggantikan hari keputeraan sebelum ini iaitu 22 November.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata, kerajaan negeri juga dalam proses pembatalan cuti umum pada 22 November dan hari keputeraan berkenaan akan ditiadakan.

Menurutnya, isu tambahan cuti sepatutnya tidak ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

Katanya, semua pihak termasuk syarikat swasta seharusnya maklum berkaitan perkara berkenaan.

“Kalau kita amati Rukun Negara ada disebutkan kesetiaan kepada raja dan negara. Oleh itu cuti diumumkan sempena hari keputeraan ini adalah cuti wajib,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");