Jenayah

Lelaki mengaku bersalah miliki suar

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki sebatang suar semasa perlawanan bola sepak antara Selangor dan Sarawak di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas.

Tertuduh, Mohd Amerul Ashraf Ya’ali, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.

Farah Azura menjatuhi hukuman denda sebanyak RM1,300 terhadap tertuduh dan memerintahkan dia dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Mohd Amerul Ashraf melakukan kesalahan memiliki sebatang suar berwarna merah tanpa kuasa sah itu di hadapan pintu masuk ‘C’, Stadium Shah Alam pada pukul 7.45 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruhaida Che Hamid. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");