Sukan Hari Ini

Jurulatih Itali tak layan desakan letak jawatan

TURIN: Antonio Conte menolak sebarang cadangan bahawa dia perlu meletak jawatan selaku jurulatih Itali sambil menganggap tiada silapnya dengan apa yang dikatakan dia terlalu menekan para pemainnya dengan latihan keras.

Jurulatih Itali itu dalam suasana penuh emosi kembali ke Stadium Juventus, gelanggang rasmi kelab yang pernah dibimbingnya memenangi tiga kejuaraan Serie A untuk sesi latihan terakhir, semalam menjelang aksi persahabatan antarabangsa Itali bertemu England, jam 2.45 pagi esok.

“Saya sedar ia bukan mudah tetapi saya akan tetapi menjalankan tugas saya,” kata Conte yang meletak jawatan sebagai pengendali Juventus, Julai tahun lalu.

“Mennea pernah berkata, untuk mencapai impian besar, seseorang itu perlu menggandakan usahanya,” tambah Conte merujuk kepada mendiang Pietro Mennea, jaguh Olimpik 200 meter yang rekod dunianya bertahan lebih 16 tahun.

Conte dikritik hebat selepas pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio mengalami kecederaan lutut sewaktu sesi latihan bersama skuad kebangsaan Itali, Jumaat lalu.

John Elkann, pemilik syarikat yang menguasai FIAT dan Juventus berkata, Conte terlalu menekan para pemainnya dengan latihan keras sepanjang kem latihan pusat. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");