Perak Hari Ini

Jurutera, Guru Taranum Wakil Perak Pertandingan Tilawah Peringkat Kebangsaan April Depan

(Wartawan Pelatih : Firdaus Mat Radzi, Jurugambar Pelatih: Hamizan Khalaf

IPOH: Johan qari, Shamsul Abu Hassan Ashaari dan qariah, Puteri Kalimatul Azzua Hamid akan mewakili Perak dalam pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada April nanti.

Shamsul, 31, berkata ini merupakan percubaan kali keduanya di peringkat negeri.

“Saya terlibat dengan tilawah Al-Quran sejak di bangku sekolah lagi dan kali pertama menyertai tilawah peringkat negeri pada tahun 2008,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Hotel Casuarina@Meru, di sini, malam tadi.

mlm ni punya 2

Tambah jurutera itu lagi, beliau menerima komen daripada guru-guru yang mengatakan suaranya agak ‘keras’ semasa pertandingan.

“Dalam tempoh yang singkat sebelum peringkat kebangsaan, saya berlatih bersama guru-guru untuk melembutkan suara dan menjaga kesihatan sebelum pertandingan berlangsung,” jelasnya.

Bagi juara katogeri qariah peringkat negeri, Puteri Kalimatul Azzua, 35, beliau mengakui persaingan untuk peringkat kebangsaan April pasti akan  mencabar.

“Dalam tempoh yang singkat ini, saya akan mencari dan belajar dengan guru-guru untuk lebih mendalami bagi peringkat seterusnya,” ujarnya.

Bertugas sebagai guru taranum di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), beliau katanya, belajar dengan guru-guru dari seluruh Malaysia.

“Saya pernah belajar hingga ke Pahang dan Kelantan untuk memantapkan cara bacaan.

“Saya juga belajar di dengan guru-guru di sekitar Ipoh dan juga melalui badan dakwah Jabatan Agama Islam negeri Perak,” tegasnya.

Screenshot_2015-03-31-00-11-19_1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");