Perak Hari Ini

“Kenyataan itu menjatuhkan kredibiliti saya sebagai penceramah,”: Ustaz Kazim

Oleh: Siti Norain Usop/Foto: Muhammad Fauzi Yusop:-

IPOH: “Kenyataan yang dibuat oleh mufti berkenaan menjatuhkan kredibiliti saya sebagai seorang penceramah bebas,” kata Datuk Ustaz Kazim Elias atau lebih dikenali dengan nama singkatan DUKE.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penyebaran surat yang mula menjadi viral di laman sosial, sejak semalam.

Isi kandungan surat itu menyatakan sebagai Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak bersetuju dengan pemilih Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah dalam program forum Perdana Ehwal Islam anjuran RTM sempena Hari Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin yang ke-72.

Ulama berkenaan dalam surat yang bertarikh 27 Februari lalu, mendakwa bahawa Ustaz Kazim sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Mengulas lanjut, Ustaz Kazim berkata, tindakan Mohd Asri yang melabelkannya sebagai periwayat palsu adalah sesuatu yang kejam dan zalim.

“Secara peribadi, saya berasa amat malu kerana dituduh menyampaikan riwayat palsu ketika berceramah.

“Saya terpaksa tampil untuk memberi penjelasan kerana ia melibatkan maruah dan kredibiliti saya sebagai seorang penceramah.

“Ini adalah satu tuduhan liar serta melulu yang tidak sepatutnya dibuat oleh seseorang yang bergelar mufti yang seharusnya menyiasat perkara itu sebelum membuat kenyataan sedemikian.

“Apabila terjadi hal sedemikian, ia menunjukkan seolah-olah saya menipu ribuan yang hadir dalam ceramah saya selama ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, isu yang kecil itu sengaja diperbesarkan-besarkan hingga menafikan segala usaha dakwah yang dilakukannya selama ini.

“Sebelum ini, apabila pembantu saya memberitahu bahawa ceramah pada satu program di negeri tersebut sudah dibatalkan, saya sudah dapat menjangka ia akan terjadi dan saya kata tak mengapa.

“Tetapi, saya berasa terkilan dan malu apabila mengetahui sebabnya iaitu saya sering mengeluarkan riwayat palsu.

“Ini bermakna segala nilai saya berceramah selama 24 tahun ini tiada kebaikan kerana jika ada, takkan hanya satu kesalahan, kebaikan saya selama ini dinafikan.

“Tuduhan itu adalah sangat berat tanpa memanggil untuk saya berhujah,” katanya.

Jelasnya, pihak yang berkenaan seharusnya berbincang dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang penceramah yang dikenali ramai.

“Tidakkah sebaiknya berbincang dan hanya saya meriwayatkan roti jala cicah kari, beliau boleh menafikan kebaikan saya itu dan adalah sangat tidak adil sebagai seorang mufti untuk berbuat demikian,” kata beliau lagi.

Kazim berkata, riwayat yang telah digunakan tidak akan menjejaskan akidah kerana ia hanya sebuah kisah yang hendak disampaikan dan tidak melibatkan hukum.

“Kalau beliau kata saya kemukakan riwayat yang tidak sahih, ia tidak menjejaskan akidah sekalipun kerana ianya hanya cerita dan tidak melibatkan hukum.

“Kenapa tidak lihat pada isu yang lebih keras membabitkan Nabi Muhammad SAW kerana  sebelum ini, ada pihak yang menyamakan Rasulullah dengan mamat-mamat kampung.

“Saya hanya menggunakan bahasa kiasan kerana ia merupakan perkara yang mudah difahami oleh masyarakat di negara ini dan ada dalilnya bukan tidak ada,” katanya lagi.

Beliau menyatakan bahawa riwayat yang telah digunakan diambil dalam kitab Bahru Al-Madzi oleh Muhammad Idris al-Marbawi dan Syamail Rasulullah SAW: Cahaya di Atas Cahaya oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");