Sukan Hari Ini

Keputusan adil

BIARPUN berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan di Stadium Perak, kelmarin, ketua jurulatih Perak, Datuk M Karathu tetap menyuarakan kebimbangannya terhadap aksi longlai jentera serangan skuad The Bos Gaurus itu.

Katanya, jentera serangan Perak diketuai pemain Brazil, Charles Souza Chad banyak melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol di sepanjang perlawanan.

Menurutnya, jentera serangan pasukan perlu dipertajamkan lagi demi menjamin lebih banyak kejayaan musim ini.

“Sejak saya mula melatih pasukan ini, memang ada masalah di bahagian serangan. Sebab itu saya tukar posisi Nam Khung (Woong) dari tengah untuk berganding dengan Chad (Souza). Tapi, masih belum cukup kekuatan serta kualiti.

“Jelas sekali, kita perlu buat keputusan berhubung perkara ini kerana kita perlukan penyerang import yang bagus,” katanya.

Karathu berkata demikian pada sidang media sempena aksi Liga Super 2015 yang menyaksikan Perak dan Kelantan terikat tanpa jaringan di Stadium Perak, kelmarin.

Sementara itu, Karathu menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan itu sebagai satu keputusan yang adil bagi kedua-dua pasukan setelah mempamerkan aksi terbaik, kelmarin.

Katanya, perlawanan semalam turut menjadi medan terbaik sebagai persediaan kesebelasan pemain muda skuad Kejor Yeop Skor itu.

“Kita sedar kita beraksi tanpa Nam Kung (Woong), tapi kita berjaya harungi perlawanan dengan bariskan pemain-pemain muda.

“Saya turut memuji aksi mantap benteng pertahanan kita yang berjaya tahan serangan daripada pasukan Kelantan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");