Perak Hari Ini

UMNO Perlu Praktik Corak Politik Baru, Perbaiki Kelemahan: Najib

IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan UMNO hanya akan tumbang disebabkan oleh kelemahannya sendiri dan bukannya kerana asakan atau tohmahan yang diterima.

Katanya lagi, setiap akar umbi di peringkat cawangan perlu bersatu dan bagi mengekalkan kekuasaan.

“Landskap politik kini sudah berubah iaitu bukan lagi politik lama tetapi politik baru. Namun tidak bermakna politik lama tidak boleh digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen UMNO dan perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO cawangan dan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan-cawangan UMNO negeri Perak 2015, di sini, malam tadi.

Ujarnya lagi, politik pembangunan yang merupakan teras politik lama masih boleh digunakan tetapi
tahap pandangan pengundi juga menjadi berbeza
apabila masyarakat semakin terdidik dan terdedah dengan pelbagai input termasuklah pendidikan.

“Kita kena mengamalkan cara politik baru kerana masa depan negara kita  hanya lebih terjamin jika UMNO yang mentadbir,” katanya.

Jelasnya lagi, keberhasilan dapat dilihat melalui tanggungjawab bagi melaksanakan agenda yang belum lagi selesai.

“Kita ada strategi dan jika ingin menang, mesti ada perancangan dan persediaan jika tiada peluang berjaya,” jelasnya lagi.

Tegasnya, kekuatan parti dan kesepakatan berupaya membantu UMNO untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang serta mengulangi kejayaan tersebut di negeri Perak.

UMNO juga katanya, perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang perlu difikirkan bersama langkah dan caranya.

“UMNO perlu bertunjang kepada proses transformasi,  fokus kawasan, mesra dengan pengundi dan NGO serta sifat taat kepada pemimpin dan perjuangan parti adalah perlu,” katanya.

Katanya lagi, ahli UMNO itu sendiri semestinya perlu bersatu hati dan perbezaan pendapat  itu dibenarkan namun jangan sesekali membuat angkara yang boleh merosakkan parti.

“Setiap pemipin ada kelebihan tersendiri, ambil kebaikan dan perbaiki kelemahannya,” katanya.

Setiap persengketaan katanya, perlu diselesaikan dengan cara bermusyawarah dan berbicang.

Konvensyen kali ini berjaya menghimpunkan lebih 5,000 perwakilan dan ketua pergerakan serta ahlijawatankuasa setiap cawangan dan sayap UMNO Perak.

Pengisian konvensyen kali ini juga disertakan dengan ucap utama oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, diikuti dengan syarahan dan perbahasan oleh para wakil veteran UMNO dan wakil setiap sayap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");