Sukan Hari Ini

Penalti lewat Benteke bantu Villa atasi West Brom 2-1

BIRMINGHAM: Christian Benteke menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan membantu Aston Villa mengatasi West Bromwich Albion 2-1, pagi tadi.

Kemenangan penting ini membantu pasukan menamatkan rentetan kekalahan tujuh perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris dan mengangkat mereka keluar dari zon bahaya.

Penjaga gol West Brom, Ben Foster menjatuhkan Matthew Lowton dan Benteke tenang menolak masuk pada minit keempat masa kecederaan untuk kemenangan pertama Villa sejak Disember.

“Saya sudah kata kami masih hidup. Ada orang yang sudah tidak memberi kami peluang lagi tetapi kami masih hidup dan berjuang,” kata pengurus Villa, Tim Sherwood yang dilantik selaku pengendali baharu selepas mereka menghuni tangga ke-17.

Villa sudah beraksi dalam EPL sejak liga itu diperkenalkan pada 1992.

Terdahulu, Gabriel Agbonlahor meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-22 tetapi Saido Berahino menyamakan kedudukan untuk West Brom pada minit ke-66. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");