Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan itu melibatkan program mewujudkan usahawan GiatMara sebanyak RM3.5 juta dan peningkatan usahawan sejumlah RM1 juta.

‘’Selain itu, sebanyak RM2.25 juta diperuntukkan bagi skim pembangunan kesejahteraan rakyat dan RM9 juta untuk pelaksanaan program khas mewujudkan usahawan GiatMara, ‘’ katanya dalam majlis perasmian GiatMara Raub di sini hari ini.