Sukan Hari Ini

Tiada tekanan: Verstappen

Sepang: Pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu (F1) Max Verstappen menegaskan dia tidak berasa tertekan apabila mula mendapat perhatian peminat serta kalangan kakitangan pasukan lain berikutan statusnya itu.

Sebaliknya anak kepada bekas pemandu F1 Jos Verstappen itu berkata, dia hanya mahu fokus pada setiap perlumbaan termasuk pada pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Sudah tentu saya berasa bangga apabila banyak pihak mempercayai kemampuan saya pada usia muda. “Ia satu penghargaan tetapi tidak pernah terfikir semua ini berlaku ke atas diri saya.

Apapun, saya tidak mahu terlalu memikirkan semua itu, sebaliknya hanya mahu fokus pada perlumbaan,” kata pemandu Toro Rosso itu.

Verstappen gagal menamatkan perlumbaan pada aksi pembuka tirai di Litar Albert Park, Australia dua minggu lalu kerana mengalami masalah mekanikal.

Sebaliknya rakan sepasukannya yang juga membuat penampilan pertama di F1, Carlos Sainz mengutip mata, namun situasi itu tidak sedikit pun memberi tekanan kepada Verstappen.

“Saya berdepan masalah mekanikal ketika itu, jika tidak saya yakin dapat menamatkan perlumbaan di tempat keenam atau ketujuh,” katanya. – hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");