Perak Hari Ini

PDRM, Sektor Swasta Jalin Koloborasi Kurangkan Indeks Jenayah Di Perak

IPOH: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaruh keyakinan koloborasi yang terjalin dengan syarikat swasta melalui ‘Program Safecame Partnership’ dapat mengurangkan indeks jenayah di Perak.

Program tersebut dilancarkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Menurut Ketuanya, SAC Hamidah Yunus, program itu merupakan salah satu inisiatif pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) yang melancarkan kempen pencegahan jenayah ‘Safecame Partnership’ bersama syarikat swasta di daerah berkenaan.

“Program ini merupakan satu kolaborasi antara pihak polis dengan sektor swasta dan orang perseorangan yang mempunyai akses kamera litar tertutup (CCTV).

“Program ini akan memberi akses segera kepada polis untuk mendapatkan bukti melalui rakaman CCTV yang dipasang di premis,” kata beliau lagi.

Tegasnya, sejak dilancarkan pada Disember lalu, sebanyak 85 buah premis dan orang perseorangan sudah menandatangani Penyata Persefahaman (MoU) di seluruh Perak.

“Pada hari ini, 11 lagi premis dan syarikat akan menyertai program Safecame Partnership ini.

“Kita harapkan lebih banyak lagi syarikat akan menyertai program ini di masa hadapan,” katanya sempena Majlis Menandatangai Penyata Kerjasama Persefahaman (MOU) Smart Partnership di IPD Ipoh, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Ipoh, ASP Sum Chang Keong.

2 (2)

Antara syarikat yang menandatangai MoU termasuklah Symphony Hotel, AEON Station 18 Shopping Centre, Kinta City Shopping Centre, Ipoh Parade, Pasaraya Giant Tambun dan Perumahan Garden Villa Sunway City.

Tidak ketinggalan 7 Eleven Sdn Bhd, Stesen Minyak Shell Tambun, Stesen Minyak Shell Jalan Sultan Abd Jalil, Stesen Petronas Kg Simee dan Ipoh Best Changers Sdn Bhd.

“Syarikat dan premis yang menandatangai MOU ini perlu memasang CCTV dengan kos sendiri dan meletakkan papan tanda yang tertulis ‘Pergerakan Diawasi Demi Keselamatan Anda’ bagi menimbulkan perasaan takut kepada penjenayah.

“Pihak polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan premis bagi mengurangkan rasa takut di kalangan masyarakat,” jelas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");