Berita Hari Ini

Pota Mampu Sekat Ancaman Militan IS – Hishammuddin

LANGKAWI: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan sokongannya terhadap Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang dijadual dibentangkan bulan ini kerana ia mampu menyekat ancaman keganasan termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS).

“Ia fenomena global. Sekiranya terdapat apa-apa langkah yang memerlukan undang-undang, yang mungkin tidak mencukupi buat masa ini, yang akan diwujudkan, ini adalah masa terbaik untuk melakukannya.

“Sepanjang pengetahuan Kementerian Pertahanan, kami amat konsisten dengan pendirian berhubung ancaman IS.
“Ia benar, ia bukan sesuatu yang dibuat-buat, ia tiada kaitan dengan politik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mengenai persediaan penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang akan datang di sini, Jumaat.

Di bawah Pota, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menahan suspek pengganas selama dua tahun dan tempoh penahanan itu boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi bergantung kepada jenis kes.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");